Hmm..sembang2 sat....

Tuesday, July 21, 2009 Edit This 4 Comments »
Dah lama tak bukak blog alih2 hari nie gadget aku dipenuhi plugin..plugin.. apa ke he nye nih. Tak fahamla..

Takpe nanti tengok apa2 yang patut.

Entry aku hari nie takde pape juz nak citer sikit pasal apa perkara yang dah berlaku baru2 nie.

Awal bulan tu hari kami dikejutkan dengan berita kehilangan abang ipar belah suamiku, abang Zain. Sedih sungguh bila aku terima berita tu dari anaknya Naim yang selalu ym ngan aku. Agak terkejut berita membuatkan aku tak boleh nak buat rutin harian aku di pagi itu.Di fikiran aku macamanalah perasaan kak Nab ketika itu ( Kakak kepada suamiku dan isteri kepada abang Zain) bagaimana dengan anak2 arwah abang Zain waktu itu. Tak dapat aku gambarkan kesedihan mereka dengan pemergian yang tiba2 ini.

Aku sukakan keluarga harmoni mereka yang sangat mesra dan sangat bahagia. Sebab tu aku dapat rasakan kesedihan yang mereka alami bila kehilangan seorang bapa yang sangat patut dicontohi. Aku doakan semoga roh abang Zain di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman.


Aku harap kak Nab, Naim, Hakim dan Anis tabah dengan pemergian abang Zain.

Kekadang kita tak perasaan sabah hari, saban waktu kita sudah semakin hampir dengan saat2 kematian. Bila2 masa saja kita atau orang yang kita sayangi akan pergi meninggalkan kita selama2nya. Hanya kenangan sahaja yang akan tinggal bersama dengan orang2 yang masih diberi kesempatan untuk hidup.

Tetapi adakah kenangan yang akan kutinggalkan untuk orang2 yang aku sayang merupakan kenangan yang manis atau kenangan yang akan meninggalkan kesan pahit didalam hati mereka semua? Selain itu adakah bekalan yang akan kubawa nanti cukup untuk aku di sana? Aku terlalu asyik dengan keseronokan dunia dan selalu alpa dengan bekalanku di akhirat.

Sebab itu nasihat suamiku kita jangan terlalu banyak ketawa di dunia, kelak nanti kita akan banyak menangis di akhirat. Memang nasihat yang sangat sesuai untuk aku yang selalu lupa dan abai tentang tanggungjawab aku sebagai hamba Allah.

Hidup ini hanyalah sementara beribadatlah sentiasa...
lakukan suruhan jauhi segala larangan...
taqwa sepanjang masa.. bersyukur atas rahmatnya..

sepotong lagu yang hubby selalu nyanyikan...ada benarnya juga jangan terlalu asyik dengan hidup yang sementara ini... bila2 masa sahaja kita akan dijemput ke dunia yang kekal abadi...

4 comments:

Suki Cida said...

takziah tuk ko dan keluarga... ajal dan maut di tangan Tuhan... entah esok entah lusa giliran kita pulakkkan?

ko mcm mana kat sana? ok ke?

NAIMKN said...

thanx cida...skrg naim dh blk selangor..naim akan truskan pengajian master naim..insyaallah.

ieda said...

Shida..
tu la sebab tu banyak reminder utk kita supaya selalu ingat mati so kita kurangla bersuka2sukaan sangat. Aku ok kat sini.. ko camne pengantin baru mestisibukkan?
aku nak jugak tinggal jejak kat blog ko tapi terlalu banyak sangat jejak org lain kat. very popular gitu.. he he

Naim,
Cepatnya balik, teruskan ngaji jadi kebanggaan mama dan arwah abah naim.
Jangan sedih sangat k.

NAIMKN said...

ok..baik cida..tima ksih..=)