Aktiviti kuhari nie...

Tuesday, June 16, 2009 Edit This 2 Comments »
Banyak betul perkara yang aku lakukan pada hari ini. Puas hati rasanya setelah hampir sebulan lamanya tak membuat kerja hari ini aku aktif seperti biasa.

Seawal 6 am aku bangun siapkan sarapan untuk dibawa kesekolah. Tak susah mana pun setakat nasi goreng dan ayam goreng jer. Tak lupa juga aku bekalkan sama nasi goreng untuk suami tercinta yang banyak mengambil alih tugasku sepanjang aku tak berap sihat ni. Terima kasih, abang. Lepas Arrie ke sekolah aku sibuk pulak kemas rumah, mandikan Syirah dan mandikan diri sendiri.

Lepas tu lebih kurang pukul 7.30am hantar pula Iffa ke sekolah Pasti. Nasib baik tak berapa jauh dengan rumahku. Syirah aku bawak sekali tapi Dina dan Ammar aku tinggalkan di rumah tengah lena tidur.

Balik ke rumah, jiran sebelah Kak Zura dan makcik (tak tau namanya) datang ziarah baby. Berbual sehingga 9.30am. Sebaik sahaja mereka pulang aku terus ke dapur siapkan makanan tengah hari. Smabil2 tu mandikan Dina, dan buatkan susu Ammar.Sempat jugak basuh baju guna washing machine yang hubby baru beli.

Lepas siap masak Dina meragam sebab merajuk denganku yang ,memarahi dia mana taknya ada ke patut dia sapu minyak Yu Yee ke mata Syirah merah padam adik dia meraung. Segera aku bawak Syirah ke dapur basuh mata dia dengan air.

Lepas Syirah diam dari menangis aku mula pujuk Dina start kereta bawak diorang ke rumak makcikku. Sesampai dirumah makcikku aku terlihat kelibat nenek Salamah yang telah dimamah usia sehingga berpuluh kali tanya aku nia siapa. Tak cam siapa cucunya. Nenek tanya" Mana Jemain (abahku) dah lama aku tak nampak dia." Sedangkan abah aku dah lama mengahdap illahi. Melihat nenek bagitu tertanya aku didalam hati ,"Macammana agaknya aku nanti bila dah tua kelak? Sabarkah orang yang akan jaga aku nanti." Kekadang kita tak terfikir bahawa kita juga akan berada di tempat nenek suatu hari nanti. Dan sudah semestinya anak2 juga akan menjaga kita nanti. Tetapi aku tertanya sendiri, adakah aku nie ibu yang baik untuk anak2? Anak2 sahaja yang mampu menilai diri aku sebagai ibu.

Untuk anak2ku, mama minta maaf dengan sikap mama selama ini. Banyak kesalahan yang telah mama lakukan ketika mama di luar kawalan perasaan.

Dalam pukul 12 noon aku meminta diri untuk mengambil Iffa pulak. Sampai je di rumah, aku terus letak Syirah dan buka mesin basuh untuk sidai baju. Ya Allah apa aku dah buat ni, aku tengok ada sedikit kerosakan di tub mesin tu, rupanya overload baju. Kecewa, marah sedih dengan sikapku yang tak pandai menjaga harta suamiku. Sorry, abang mama cuai. Telefon hubby minta maaf atas kesalahanku. Nasib baik hubby aku tak kisah. Sayang abang. Mesin tak rosak tapi appereance tak berapa elok. Sedihnya....sorry... mama cuba untuk lebih berhati2 lagi k.

Dalam pukul 2 pm hantar ke sekolah petang sambil kepala otak aku berkira2 nak buat bekal apa pulak esok. Dah ada idea masak nasi lemak favourite suamiku sebagai tanda minta maafku. Telefon Cik Nin minta daun pandan dan aku berjanji untuk bagi dia nasi lemak special ku. Chewah.

Balik dari ambil Arrie, lebih kurang 3.30pm, sibuk pulak siang ikan bilis, rebus telur, goreng kacang dan blender cili. Taklah kelam kabut nantikan.

Dah siap semua tu baby bangun sibuk pulak dengan dia, tup tup dah pukul 6pm, hubby balik tak sempat berbual dia nak keluar rumah berborak dengan jiran2 kami takpelah biar dia bergaul. Dalam setengah jam hubby masuk ambil tangga nak sambung wayar tmnet ke rumah kami dari rumah keluarga Mokhtar.

Dan sekarang nie aku tengah berebut dengan hubby nak pakai laptop. Sibuk.

Banyak sebenarnya aktiviti aku hari ni, dan ketika menaip ni pun badan aku letih semacam. Baby pun tengah nyenyak tidur, so esok jelah aku sambung citer nak turu (tidur dalam bahasa jawa, entah betul atau tak aku eja aku pun tak tau...)

2 comments:

Suki Cida said...

lama aku tak masuk blog ko... alhamdulilla semuanya sihat... im happy for you... baby ko sungguh comel... adeh... bila la time aku lak eh...heheheh take k ok...

ieda said...

aku pun baru update.. skrg nie tgh sibuk baca blog kekawan.

uku harap ko ada baby cepat nak tgk gak rupa baby ko nnt.