Raya dah dekat...

Monday, September 07, 2009 Edit This 0 Comments »
Wah..raya makin dekat...dan persiapan raya pun ramai yang dah mula..yang nak deco rumah sibuk pergi beli bunga perhiasan, kain langsir dah siap dipasang..(he he aku la tu..), di shopping mall pun makin padat dan sesak dengan pelanggan malah sebelum puasa lagi orang dah start beli baju raya tu yang baju raya sampai dua tiga pasang..( aku? belum lagi..belum rasa nak membeli..)

Makin terasa akan cepatnya berlalu bulan ramadhan yang setiap hari pada setiap petang jalan raya akan sesak kerana orang ramai sibuk membeli juadah berbuka puasa di setiap bazar ramadhan.

Kita pasti akan merindui bulan ini, rindu untuk bangun bersahur, (maklumlah kita jarang mungkin tak pernah bangun untuk sembahyang tahajud) hanya di bulan ini sahaja kita diberikan kekuatan untuk bangun di kala orang sedang nyenyak tidur. Rindu dan rindu dengan suasana di sepanjang ramadhan. Apabila syawal menjelang tiba kita gembira menyambut raya, bermaaf maafan sesama kita dan di masjid2 dipenuhi umat Islam bersembahyang raya.

Dan mungkin juga inilah kali terakhir kita sambut ramadhan bersama ahli keluarga tercinta. Manakala bagi mereka yang baru kehilangan orang tersayang selamanya saat inilah kesedihan makin terasa. Jadi sentiasa hargai setiap saat kita di dunia jangan sentiasa lalai dan leka..hargai mereka2 yang berada di sisi kita kerana kita hanya sementara sahaja di dunia.

Bagi mereka2 yang baru sahaja kehilangan ahli keluarga tercinta moga mereka tabah menghadapinya.

0 comments: