Thursday, September 03, 2009 Edit This 2 Comments »

Renung2kanlah....

Syoknya bila kita dapat contact kembali kawan2 lama masa sekolah dulu. Bila dikenangkan kenangan silam terasa rindu untuk kembali ke zaman tu. Banyak perkara yang aku kalau boleh mahu ubah tetapi setiap kejadiankan ada hikmahnya.

Baru tadi aku bersms ngan Suzie, dah lama aku tak jumpa since dia kahwin tak silap aku sekitar tahun 2001 kot. Semua kawan2 dah berumahtangga dan beranak pinak pun tapi bila berjumpa still terasa macam masa budak2 dulu.

Seronokkan waktu sekolah..waktu tu kita tak perlu menggalasi tanggungjawab seperti sekarang ni. Enjoy tak ingat dunia... sentiasa selalu ingin mencuba sesuatu yang baru tanpa perlu fikir tentang impact yang akan berlaku. Buat ikut kepala otak sendiri, kata2 orang tua aah...langsung tak peduli.

Bila berkahwin baru tahu banyak kekurangan diri. Dan ingin menjadi orang lain yang bukan diri aku sendiri. Tetapi kadangkala bila kita ingin berubah banyak dugaan perlu dihadapi. Paling aku tak terima bila kejadian yang lalu diungkiti. Bukan apa kalau boleh aku mahu padam sejarah lama aku dulu dan buka lembaran baru.

Aku berazam mendidik anakku menjadi orang yang lebih baik dariku. Biarlah sejarah hidup mereka kelak dipenuhi dengan kebahagian yang disertai dengan keberkatan dari Allah. Tapi aku hanya merancang Allah yang tentukan semoga apa yang ingin aku lakukan ini tercapai hendaknya. Aku lakukan semua ini sebagai menebus kembali kesilapan lamaku yang jauh dari landasanNya.

Matlamat dah ada tetapi kadangkala tersasar dengan sifat amarahku yang kurang sabar menangani karenah anak2. Ini kesilapanku sendiri dan anak2 seperti biasa bila aku minta maaf diatas kekasaranku terhadap mereka dengan senang hati mereka maafkan. Itulah sifat semulajadi kanak2 yang tidak berdosa sentiasa mudah melupakan setiap perkara tanpa menyimpan sebarang dendam. Haai...

Bestkan jadi baby sentiasa disayangi dan dibelai.

2 comments:

Suki Cida said...

suzie?? farah suzie ke??? wahhh aku ari tu siti nurul aini call... aku cerita pasal ko dia terkejut ok... hahahah... yah masing2 dengan kehidupan masing2... dan aku jeles... sbb anak ko ramai... aku confirm tak leh lawan... heheheh... tapi org kata usaha tanggakejayaankan???

ieda said...

yeap..suzie.. ada anak 2 sekrg nie.. err kim salam kat aini yekk..dah kawin lum dia tu..and tahniah coz ko bakal jadi ibu..makin happy le rumahtangga ko nanti...