Tuesday, April 13, 2010 Edit This 0 Comments »
Entah mengapa sewaktu membelek2 mencari gambar Iffa untuk new entry aku kali ini... gambar Iskandar, anak buah aku menarik perhatianku...

Melihat dia sekarang macam tak percaya je anak buah aku ni dah menjadi 'orang bujang'... dah besar remajala....

Nampak agresif, agak macho orangnya..dan yang paling aku suka dia mempunyai sifat penyayang yang agak ketara.. lebih ketara bila dia dapat bermain dengan anak2 kecil.. dan anak2 kecil pun nampak selesa bila berada di pangkuannya...

Sekarang nie dia sedang belajar dan tinggal di sekolah berasrama High School, klang..

Aku doakan dia berjaya di dalam kehidupan di dunia dan akhiratnya...

Dah besar anak sedara mak cik nie... bagai terbayang2 je waktu dia masih baby...
kadangkala masa nie berlalu terlalu cepat sehingga kita tak sedar yang kita telahpun kehilangan sesuku, separuh atau hampir keseluruhan kehidupan kita..

Kita terlalu lalai dan leka dengan kehidupan dunia yang tak seberapa sehingga kita tak sedar yang kita telah terlalu banyak kehilangan..... kehilangan yang tak mungkin akan kita dapat kembali...

Hanya kenangan yang tinggal moga kenangan aku dan pembaca sekalian pada hari ini dan hari2 seterusnya lebih manis untuk dikenang berbanding hari2 sebelumnya...yang mungkin telah mencoretkan sedikit kepahitan...

Ingat.. hargai setiap detik dalam kehidupan kita dan setiap detik itu akan lebih bermakna lagi sekiranya di setiap detik masa kita ini, semua yang kita lakukan adalah keranaNya...

Apa yang aku coretkan disini semuanya untuk mengingatkan aku semula... aku nie mudah lupa... almaklum imanku belum teguh dan perlu diperkuhkan.. semoga Allah permudahkan jalan kehidupanku yang selalu lari jauh dari landasanNya...

Setiap musibah yang berlaku dalam kehidupanku semuanya untuk menyedarkan aku semula... itulah kasih tuhan, diperturunkan ujian untuk melihat sejauh mana dapat aku tangani ujian yang di beri....

Semuanya telah berlalu.. peneyelesaiannya pun telah ditemui...

Tiada cara lain selain kembali semula kepadaNya..

0 comments: