Thursday, April 08, 2010 Edit This 0 Comments »
Salam kembali...

Dah agak lama tak menulis di dalam blog... agak sukar bagiku untuk aku menyusun kata2...

Banyak perkara yang berlaku seiring dengan peredaran waktu...

Baru2 ini anak aku yang sulung mendapat sedikit kemalangan sewaktu sedang bermain di taman permainan yang menyebabkan tangan kanannya patah dan disimen POP...

Kasihan aku melihatkan anak aku yang sukar melakukan segala rutin harian, makan, mandi, mengenakan pakaian dan lain lain.

Pada aku kejadian yang berlaku telah menyedarkan aku bahawa aku perlu lebih prihatin dan lebih mengawasi pergerakan anak2.

Dengan mempunyai anak seramai 5 orang bukan perkara perkara mudah bagiku untuk menjaga mereka.

Banyak perkara yang aku perlu bimbangkan kerana kemalangan2 di rumah atau disekitar rumah boleh berlaku dengan sekelip mata.

Insyaallah sebelum banyak lagi perkara yang buruk boleh berlaku pada anak2 dan aku akan cuba berusaha lebih lagi untuk mengelakkan kejadian2 di luar jangka berlaku menimpa anak2ku.

Insyirah pun bakal berusia setahun selepas ini akan mula bertatih dan lebih banyak pergerakan yang akan dia lakukan...

Ramai juga orang yang berkata atau mungkin ingin menyedapkan hatiku...

"Sekejap je letih menjaga anak..lepas nie bila diorang dah besar kita akan merindui saat sukar sewaktu kita besarkan diorang semua..."



Memang benar apa yang dikatakan oleh kenalan baruku Kak Aneeza.

Walaupun mereka masih berada di hadapan mataku, aku terlalu merindui kenangan2 sewaktu mereka masih bayi, baru belajar berjalan, berkata2, belajar bermain ting ting, pertama kali belajar mengayuh basikal tanpa sokongan, gelagat hari pertama mereka menjejakkan kaki kesekolah.. mendengar celoteh mereka bercerita kejadian yang berlaku disekolah...melihatkan betapa gembiranya riak wajah mereka bila mendapat keputusan peperiksaan yang baik.. melihat keluh kesah dan kesedihan di raut wajah mereka ketika mengadu tentang masalah yang berlaku semasa bergaul dengan kawan2 sepermainan dan banyak lagi perkara yang masih terpahat diingaatnku ini.

Terlalu cepat masa berlalu dan aku dapat rasakan betapa sunyinya aku nanti bila mereka sudah dewasa dan mengorak langkah mereka sendiri tanpa aku di sisi.

Ya Allah... aku mengucapkan syukur ke hadratMu dengan kurnianMu yang tak ternilai ini aku diberi kesempatan merasakan susah dan senangnya menjadi seorang ibu di dalam membesarkan dan mendidik anak2. Semoga keluargaku sentiasa dijalan yang Engkau redhai.

Bila dah menjadi ibu aku lebih lebih menghargai dan cuba untuk menggembirakan hati ibuku sendiri. Aku sedar aku terlalu banyak melakukan dosa2 terhadap ibuku yang sentiasa ada di sisi ketika susah dan senangku yang senantiasa memaafkan setiap kesalahan yang aku lakukan namun ibuku tak pernah menyimpan sebarang dendam terhadapku.

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil. Amin

Dalam keheningan malam ini memori2 lama teringat kembali diketika abah masih ada lagi... Semoga abah tenang di sana... terlalu cepat abah pergi meninggalkan kami sedangkan aku belum sempat membalas jasa2 abah lagi.. aku belum sempat membahagiakan abah... aku belum sempat berbuat bakti terhadap abah... aku belum sempat menunjukkan kepada abah yang anaknya yang degil ini mahu berubah.....

Dengan pemergiaan abah aku lebih menghargai ibuku... ibuku yang terlalu banyak berkorban membesarkan kami 8 orang anak2nya.





0 comments: