Hallo baby...

Tuesday, December 23, 2008 Edit This 0 Comments »
Tadi kami anak beranak pergi check up kat Klinik Siti Zariah TPG. Saje mintak gambar scan baby dah alang2 gi scan .Due date yang tertera kat scanner to 27 May 2008. Cepat 2 days than before iaitu 29 May. Bebudak axcited tengok baby..macam2 komen. Iffa cakap siannya baby tak nampak muka. Arrie lak tanya baby makan apa dalam perut? Ammar pulak cakap " Ma, amar kapak baby" Kapak tu maknanya nampakla.. Special langguage yang Ammar guna belum dibukukan lagi.

Mama minta ubat demam ngan selsema Piriton. Bayaran yang dikenakan takla mahal RM40 je. Ok la jugak kalau gi scan kat government hosp jenuh tunggu, lambat. Entah camne Dina pulak gi kencing dalam seluar kelam kabut beli baju kat kedai thai nasib baik murah RM7 je.

Kadang2 nak menjawab pertanyaan bebudak macammana baby masuk kat dalam perut susah jugak kita orang dewasa nak menjawab kan. So terpaksa saya jawab Allah yang jadikan baby nie mama pun tak perasan bila baby nie masuk...? (Can't be) Takkan nak cerita detail. Trauma pulak bebudak tu nanti. Setakat nie diorang percaya coz kita cerita pulak camna Allah boleh jadikan awan tinggi melangit macam tu jugak Allah jadikan manusia. Allah kan maha besar. Alhamdullillah my explaination was excepted by the kids..he he he..Nanti dah besar mama ceritakan in detail k.

Yang paling lawak sekali si Iffa bila lepas makan kalau buncit sikit perut dia mulalah dia cakap "ma perut kakak pun ada baby.." Nauzubillah anakku jangan diucapkan kata2 tu tak sesuai.. So mama pun bagitau,"Baby Allah akan bagi bila akak dah kahwin nanti. Itupun lepas akak besar dan jadi ustazah. "

Pening layan karenah anak2, kadang2 kalau tak terlayan terkeluar jugak perkataan "Diamlah". Sorry i knew it's a mistake... Mama try layan selagi terdaya k.

0 comments: