Dugaan..

Monday, March 09, 2009 Edit This 0 Comments »

Semoga Ammar sentiasa sihat dan ceria selalu.

Sekali lagi dugaan menimpa kami sekeluarga. Dengan kelembapan ekonomi yang melanda dunia sekarang sedikit sebanyak tempias kena kepada kami sekeluarga. Bukan itu sahaja kerisauan kami terhadap kesihatan anak, Ammar juga amat merunsingkan.

Selepas ditegur oleh Makcik Anna tempoh hari baru saya terperasan tentang benjolan di bahagian bawah telinga Ammar. Tengahari tadi pergi ke klinik untuk mendapatkan consultancy dari Dr Rohani tentang apa sebenarnya penyakit Ammar. Menurut Dr Rohani ada banayk kemungkinan diantaranya mungkin hanya jangkitan bakteria disebabkan pemakanan. Sekiranya tidak susut mungkin juga disebabkan penyakit yang lebih berbahaya iaitu LEUKIMIA. Tetapi itu hanya suspect Dr untuk menghilangkan kerisauan perlu di lakukan ujian darah untuk mengesahkannya jika bukan ia hanya penyakit biasa yang boleh susut.

Aggh hampir tercabut jantungku dibuatnya diharap jangkaan Dr itu meleset sama sekali. Insyaallah esok akan ku bawa Ammar secepat mungkin untuk jalankan ujian darah dan akan berjumpa dengan pakar ENT si klinik rawatan harian di hospital tengku ampuan rahimah.

Hanya harapanku bengkak itu adalah bengkak biasa yang dialami oleh kebanyakan kanak2 yang berkaitan dengan cara pemakanan sahaja.

Ya Allah berikanku kekuatan dalam menempuhi ujian yang engkau berikan. Anak adalah pemberianMu yang tidak ternilai aku berharap semoga anak2ku dapat membesar di hadapan mataku tanpa menghadapi banyak kesukaran. Aku redha dengan ketentuan yang Engkau berikan terhadapku tetapi aku mungkin sedikit tewas apabila Engkau berikan ujian apabila ianya melibatkan anak2ku. Di harap Engkau sentiasa membimbingku dalam menghadapi semua ini.

0 comments: