Segalanya tentang blog

Tuesday, March 24, 2009 Edit This 13 Comments »
Blog telah di perkenalkan oleh suamiku lebih kurang bulan november yang lalu. Pada mulanya aku sendiri tak tahu apakah blog sebenarnya. Ketika kami mula menulis dalam blog aku banyak meluahkan kisah2 tentang anak2, perasaanku sebenarnya apabila menjadi ibu. Seronok juga pada mulanya kerana aku jadikan blog kami sebagai diari ku menulis agar ianya dapat di baca oleh anak2 dan suamiku kelak. Agar mereka semua tahu bahawa dalamnya kasih sayangku kepada mereka semua.

Apabila aku dah banyak menulis tentang kisah keluarga kami, sudah tentu aku inginkan kelainan dengan menulis kisah2 ahli keluarga yang lain yang aku fikir sesuai untuk di baca oleh orang lain tentang apa yang ada dalam fikiranku tentang mereka. Memang aku sentiasa kasih dan sayang kepada ahli keluarga yang lain tapi tak terucap oleh kata2.

Kita tak dapat meluahkannya secara lisan tetapi melalui penulisan ianya lebih bersifat neutral. Tetapi baru aku sedar kini melalui penulisan ianya lebih banyak mengundang salah faham. Bila di ingat tujuan utama suamiku mengajak ahli keluarga yang lain memulakan blog mereka sendiri agar kami sentiasa tahu perkembangan mereka semua walaupun kami jarang berhubung.

Bukanlah tujuan kami untuk berlawan siapa paling advance atau siapa paling lawa blognya. Tetapi tidak salah kita berkongsi maklumat tentang blog. Kerana blog kami pun terlalu banyak kekurangannya berbanding dengan blog orang lain.

Dengan apa yang berlaku baru2 nie menimbulkan banyak kesalan dalam diriku. Tetapi ingin di jelaskan disini tujuan utama kami memulakan blog hanya untuk mencoretkan kisah2 kami sekeluarga agar anak2 dapat membacanya kelak.

Pada mulanya kami banyak membaca blog abang iparku, Bacat dan kami seronok membaca kisahnya kerana walaupun masing2 mempunyai telefon tapi mereka jarang berhubung. Suamiku banyak bercerita tentang kisah keluarganya kepadaku melalui penceritaannya aku tahu bahawa suamiku sangat merindui kehidupan bahagianya sewaktu membesar bersama kakak2, abang dan adiknya.

Tetapi kini dia hanya menunggu musim hari raya untuk berkumpul sesama mereka. Sebab itu aku tak kisah setiap kali hari raya kami selalu pulang ke kampung halamannya kerana bagiku sudah tentu di pihakku aku dapat selalu berjumpa dengan mak dan adik beradik yang lain lebih kerap kerana kami tinggal di satu negeri yang sama. Tetapi berlainan dengan suamiku yang jarang bertemu dengan adik beradiknya yang di kasihi.

Dan kini adiknya Dik Die juga dah memulakan blognya sendiri. Dan aku rasakan ianya suatu yang positif kerana masing2 dah mempunyai keluarga sendiri jadi melalui blog kami lebih mengetahui kisah suka duka mereka di perantauan. Blognya juga dah semakin menarik..

Begitu juga dengan Bacat, Kak Yam, Ma'ie, Naim, Aina dan Nana (malangnya blognya kurang active) teruskan menulis blog yang positif dan kita sama2 berusaha agar orang lain tak tersinggung dengan penulisan kita.

Saya juga perlu selalu mengingatkan diri sendiri agar penulisan saya tidak menyinggung mana2 pihak. Dengan banyaknya sifat2 mazmumah yang ada di dalam diri saya sendiri saya tak mampu mengawalnya kerana kurangnya iman dan pengetahuan atau peradaban ketika berusan dengan orang.

Setiap manusia ada melakukan kesilapan begitu juga saya jadi di kesempatan ini saya ingin memohon seribu kemaafan kepada pihak2 yang telah banyak tersinggung dengan kata2 dan sikap saya selama ini.

Ku akui kelemahan ini..
Ku insafi kekurangan ini..

Tak tahu mengapa tiap kali berbuat kesalahan selagi tak meminta maaf hati ku tak tenang...


Maaf di atas segalanya.

13 comments:

Suraya said...

zuraida jemain.. ada kah ini kawan sekolah ku di SMCK ???

ieda said...

ala..bukan org tau cuma org2 tertentu je.. cun le ko skrg..dah ada anak?

Suraya said...

cun ke? aku memang dr sekolah cun. haha... ko bertudung yer sekarang.. rajin2 lah masuk blog aku. segala update ada kat blog aku tu.

http://superstarsuri.blogspot.com/

aku dah nak masuk 5 tahun kawin but takde anak lagi laa.. masih honemoon, aku kenal suami aku 3 bulan terus kawin. skang ni kira masih bercinta laa..

ieda said...

Lupa nak tya camner ko dpt add aku nie?

Suraya said...

banyak la ko... hehehehe... ko masih mcm dulu atau dah berubah? muka ko sama lagi la kan.. mcm zaman sekolah cuma dah bertudung. aku gak tak insaf2 lagi.. hehe.. cute gila anak2 ko kan.. jeles aku!

mana satu blog ko nih? arries tu ke or yang ini? bgtau aku mana satu yg ko aktif k? nak jadi follower. aku tetiap hari 24 jam online. kat ofis online, balik umah online. time tido pun online pasal nak download tah apa2.. rindunyer kat ko eda!! baru je tgk gambar ko zaman sekolah kite dulu..

ieda said...

Same with me..aku pun rindu kt ko. dah lama tk contact sedih rasanyer kan bila nengok muka dah tua..he he

Tq comel tu pemberian allahkan..aku active di kedua2 blog..cumer blog arries tu lebih formal pasal follow my hubby style kureng merapu.. kat blog ni lebih kepada my personal thought that cant publish in my family blogs..u can be followers in my both blogs.. dialu2kan..

Aku doakan ko cepat dpt anak..mesti cute giler..

Suraya said...

aahhh aku jumpa blog ko ni sebab aku type nama penuh kau. seperti aku ckp tadi, aku teringat kat kau pasal dok sibuk2 kemas brg2 lama aku terjumpa gambar zaman sekolah kite.kenangan manis.. =)

okay nanti aku follow blog kau. ko pun follow blog aku gak eh.. bila nyer leh jumpa ko nih?

ko takde YM ke MSN ke yg boleh kite chat ke? email ke? tak best la ckp kat sini..

ieda said...

nanti aku register ym.. ko upload gmbar kita dolu2. aku pun nak negok gak boleh aku copy paste..

aku dahpun follow blog ko.. active betul..

Nak jumpa lepas aku deliver baby aku la. sekrg malas nak kuar..perut dh beso.. my phone no 019-3060164

:: eyeNa :: said...

patot laa nak YM sangat2 kak ida kita ni.. jumpa member superstar.. hehe meh2 follow me jugak.. superstar alaf baru..hihihii jgn mareh eh.. alalal comey betul kan..heee

ieda said...

tula tk dapat2 dari tadi fedup lak kak ieda nak register.. comey kan dia ni.. dah tua2 pun comey lagi..

Suraya said...

hehehe termalu saya sekejap. (poyo betul.. ) hahaha

neway ieda.. dah dpt register ke belum? aduh susah betul.. register cepat! kalau tak ko guna ebuddy or meebo je pun boleh. takpun ko bagi je lah email. kite main email je sudah.. hehe

ieda said...

my email

ieda_zuraida@yahoo.com ...sorry le my hubby kt penang 2 hari nnt aku tya awat asyik takleh download jer..

NAIMKN said...

hoho...patut la...nak berym dgn superstar upanya..sori la cida..naim blk kg ari tuh..