Pengalaman baru..

Monday, March 23, 2009 Edit This 0 Comments »
Isnin, 16 Mac lalu aku membawa Ammar check up di Klinik Pedeatrik di HTAR Klang. Kali nie berjumpa ngan doktor pakar untuk pemeriksaan TB yg testnya telah dilakukan pada hari Jumaat lalu. Alhamdulillah tiada reaction di lengan yang telah disuntik itu.

Kesian jugak aku pada Ammar kerana bermacam2 ujia telah dilakukan ke atasnya. Ujian darah toksah cakapla sampai tak terkira aku di buatnya. Tiap kali nampak jarum suntik dah menangis dia, jenuh nak pujuk. Nak marah kesian pulak.

Selepas kira2 dua jam kami sangkut di sana kerana kad hilang kata nurse membuatkan aku naik darah. Yelah mana taknya bila melihatkan sudah ramai orang yang sama2 sampai pagi (7.30 pagi) tadi beransur2 pulang tetapi kami sampai pukul 10 masih belum di panggil lagi tanpa memberitahu apa2 pun.

Setelah tidak dapat menanggung resah akhirnya aku bertanya kepada nurse yang bertugas di meja pendaftaran tetapi dia hanya berkata "Sabar tunggu giliran..". "Aik, saya dah sabar selama dua jam tengok orang yang sama2 datang pagi tadi dah balik..apa sebenarnya yang berlaku ni?" Aku mula bertanya.

"Kad puan hilang, tunggu kami cari.." Terus menyirap aku dengar kata2nya lantas terus bertanya" Habis, kalau dah hilang takkan nak suruh saya tunggu sampai tutup. Takde cara lain ke?"

"Sabar puan kami akan cuba cari.." Kata nurse yang bertugas itu.. Aku tak mampu tunggu lagi pasal Ammar asyik merengek ajak balik mujur anak2 yang lain aku tinggalkan di rumah mak. Lalu aku berindak mengetuk pintu Ketua Jururwat, nasib baik KJ tu baik orangnya dan mendesak nurse2 yg lain cuba mencari. Tak sampai 15 minute nama Ammar di panggil dan aku diberitahu ada nurse yang salah letak kad Ammar. Nasib baik aku bertindak berjumpa KJ kalau tidak aku mungkin terpaksa menunggu selama beberapa jam lagi akibat kemalasan nurse2 yg lain.

Dalam fikiran patut pun KJ tu jadi ketua disitu pasal memang berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya.

Pada pukul 10.40pagi kami keluar dari bilik doktor pakar lalu pergi ke farmasi untuk ambil ubat yang diberikan.

Hari tu buat pertama kalinya aku membawa Ammar naik bus balik rumah mak. Nak save duit. Seronok betul Ammar. Tetapi yang boringnya tiap kali bas berhenti sibuk tarik tangan nak naik.

Terpaksalah aku memujuk bas tu burukla.. bas rosakla, habis minyakla nak elakkan Ammar bising.

Lama jugak kami menunggu bas nak ke Taman Sentosa.. kira2 sejam kemudian baru bas yang di nanti tiba.

Menyeringai Ammar sebaik kaki melangkah naik ke atas bas. Seronok sangat dia. Tetapi malangnya tempat duduk penuh kami terpaksa berdiri kira2 15 minute. Terfikir juga dengan keadaanku yang sedang sarat sambil memimpin anak takde pulak orang yang sudi memberikan tempat duduk. Issk tak prihatin juga orang2 M'sia ni. Terhoyong hayang kami dua beranak di buatnya khuatir jugak aku kalau2 aku terjatuh.

Sebaik dapat tempat duduk aku terus berikan tempat duduk kepada Ammar di tepi cermin bas. Saja nak bagi dia seronok menikmati pengalaman barunya menaiki bas.

Begitu asyik dia memerhatikan keadaan sekeliling dan sesekali memanggilku sambil menunjukkan anjing, lori yang besarnya sama dengan saiz bas yang kami naiki. "Mama tengok loyi kuta kayi.." Maksudnya mama tengok lori besar sekali. Aku hanya mengangguk2 melayan karenahnya. Sambil bertanya, " Best tak naik bas?" Dia jawab "Best tangat.."

Best hampir nak tercabut pinggangku di buatnya.. Dua hari selepas itu sekali lagi kami terpaksa berulang alik kehospital selama 3 hari berturut. Kali nie aku bawak kereta sendiri dengan membawa keempat2 anak2 ku.

Serik nak naik bas... Lambat, penat dan sebagainya. Terfikir jugakaku macam nilah yang mak aku rasa waktu kami kecik2 dulu hari2 berulang-alik ke pasar untuk membeli bahan mentah untuk di jual di gerai tepi jalan bagi membesarkan kami adik beradik.

Maafkan Ieda mak kerana banyak mengguriskan hati dan perasaan mak. jasa mak sampai bila2 Ieda tak dapat balas. Ieda selalu berharap Ieda dapat menggembirakan hati mak dan membantu semampunya agar mak sentiasa gembira dan senang hati.



Inilah ibu yang melahirkan dan membesarkanku, Nortifah Abd Rahman.
Hargai dan sayangi ibu kita kerana pengorbanan mereka dalam membesrkan kita tak dapat dibalas selama2nya.

0 comments: