Masa pergi terlalu cepat tinggalkanku...

Sunday, March 01, 2009 Edit This 2 Comments »
Dalam meniti arus kehidupan tak semestinya jalan yang kita pilih sentiasa benar dan betul. Mungkin betul bagi kita TETAPI apa pula pada pandangan orang lain. Kadangkala kita dapat melihat sesuatu dari beberapa sudut yang kita pernah terbaca terdengar atau terlihat bahawa apa yang dilakukan oleh orang sekeliling kita itu salah. Adakah kita perlu membiarkan sahaja atau beri pandangan yang boleh diterima.

Tapi adakah pandangan kita itu memang benar atau kita hanya RASA aje..Jika benar bagaimana kita nak memperbetulkannya. Siapalah kita untuk memberi teguran atau pandangan sekiranya kita juga tak sukses dari segi harta dan ilmu dunia untuk menegur orang yang kita ambil berat halnya. Kerana itulah nilaian manusia orang yang berada itu lebih bernilai perndapat mereka berbanding dengan orang biasa2 aje.Nak dibiarkan kita sayang dan ambil berat kepada mereka tetapi jika kita tegur bimbang salah faham akan tujuan sebenar kita.

Sedih kecewa dan pelbagai perasaan kurang senang berbaur di jiwa. Nak memerhati sahaja bimbang sekiranya kita mementingkan diri dan hanya melihat mereka melakukan kesilapan demi kesilapan.

Mungkin jika sekiranya perhubungan kita dari dulu memang rapat dan akrab tidak akan berlaku sebegini. Begitu juga halnya dengan anak2 dan orang tersayang sekiranya mereka berasa selesa dan rapat dengan kita mungkin pandangan kita boleh di ambil kira.

Bersyukurlah kepada sesiapa yang mempunyai ibu yang dapat menjadi ibu, kawan dan sahabat yang sentiasa memberi nasihat dan dorongan terhadap mereka dalam meniti kehidupan. Hargailah mereka kerana bukan semua orang bertuah memiliki ibu yang rapat dan sentiasa berada dan memahami setiap situasi yang dialami anak2.

Adakah kerana kurangnya keilmuan dalam perhubungan yang menjadi punca masalah keakraban antara ibu atau bapa terhadap anak2 atau mereka tidak peduli hati dan perasaan anak2 dan mereka menganggap bahawa tidak perlu menjaga hati anak2 sebaliknya anak2 yang perlu menjaga hati ibubapa. Itulah kesilapan ibubapa (aku juga begitu) marah ikut suka, tanpa memikirkan perasaan mereka.

Oleh itu aku berharap anak2ku tak akan berasa dipinggirkan walaupun mereka sudah mempunyai keluarga sendiri kelak. Kerana kutahu kasih sayang itulah makanan jiwa bagi setiap manusia.

Apa yang cuba kusampaikan disini? Fikirlah sendiri...

Melihatkan koleksi gambar2 terdahulu cepat sungguh masa kurasakan berlalu. Eqal sedang memangku Arrie kini telah berusia 19 tahun, Ajip dah lain benar mukanya (gemuk), Hani semakin meningkat remaja. Adik2ku semakin jauh kurasakan... Semakin kurang memahami perasaan mereka.Aku sentiasa mendoakan terbaik untuk mereka. SEdihnya m asa yang terlalu cepat meninggalkan ku yang tak mungkin terkejar oleh sesiapa yang pasti hargai masa kini agar tak menyesal di kemudian hari...

2 comments:

:: eyeNa :: said...

betul tu masa pergi terlalu cepat tinggalkan kita tanpa kita sedari rupanya kita disini. kadang2 rasa tak percaya mcm2 yg kita alami kan setiap hari setiap detik dan setiap minit tu amat2 bermakna. kian kalinya kita menyangka umur kita bertambah, banyak dan berusia.. tapi dalam masa yang sama jangka hayat kita semakin berkurang, sedikit dan makin menghampiri waktu terakhir yg entah bila akan tiba. ahai tah laa. kita serupa laa..hee ahai apa yg cek merapu ni..huhu doakan kita sesama panjang umur,murah rezeki dan tabah selalu dalam menempuh ranjau hidup ni yaa.. salam ukhwah.. ewah.. mcm baru2 kenal.. hahaii

ieda said...

Betul2 kekadang kita hanyut dalam keseronokan menikmati kehidupan dunia tetapi apabila tersedar selalunya telah terlewat untuk mengubah segalanya..

Salam perkenalan..he he