Busynya hari ini..

Wednesday, March 25, 2009 Edit This 7 Comments »
Hari nie aku nak kongsikan 'kesibukan ' ku sebagai ibu dan surirumah sepenuh masa yang tak pernah berenggang dengan anak2. Gambar nie aku rakamkan sebelum kami pergi mengambil Iffa di sekolahnya pada lebih kurang 11 pagi.

Sementara menunggu Iffa habis sesi sekolahnya kami pun bergambar dalam kereta kancil belasahanku.. My hubby bought for me.. Kereta second hand je tapi bersyukur sangatla sebab banyak memudahkan pergerakanku.

Bergambar sekejap di hadapan SK Sijangkang Jaya.. Selepas tu kami bergerak pula ke Klinik TPG untuk check up kandungaku yang telah mencecah 32 minggu.

Sampai di Kllinik TPG orang tak ramai cepat sikit giliran aku tiba. Sementara tu aku tangkap gambar anakku yang sebenarnya takut betul bila pergi hospital. Tapi kali ni menyeringai pulak dia.

Alamak nie yang boring ni kena gi makmal ambil urine test n sample darah. Nasib baik cucuk sikit je kat jari.. Gambar boringku yang sempat dirakam...

Haa sikit je kan tak sakit pung...


Opps lupa lak nak bagitau sementara aku pergi ke makmal yang lain bangunannya, aku tinggalkan anak2ku dengan nurse pelatih kat situ sekejap. Ni gambar anak2ku yang melompat kesukaan sejurus aku melangkah masuk ke pintu. Diorang risau kot takut aku tinggalkan diorang kat situ..


Habis je check up kami pun balik ke rumah sewaku di Taman Sri Medan, sempat beli lauk siap kat gerai berhampiran rumah. Aku rasa tak padan pulak bila beli lauk siap ni agak mahal, 2 ketul ikan pari masak asam pedas dan 2 ekor ikan goreng berharga RM9 padahal kalau masak sendiri aku boleh dapat 4 ekor ikan untuk digoreng, sedikit sayur dan lauk ikan berkuah dengan harga yang sama. Iskk tak padan betul... Tapi hari ni je aku beli lauk siap sebab my hubby takde kat rumah hari dia gi Penang selama 2 hari sejak semalam hari ni dia balikla..

Sekian saja yang dapat aku nukilkan di sini. Buat Suraya yang kata wajahku tak banyak beza sewaktu bersekolah dulu dan sekarang cuba perhati betul2 kot2 tersilap.. Sebab rupa waktu remaja dan ibu beranak lima sudah tentu ada bezanya...

Saja ja upload gambar2 terkini nak bagi kau tengok aku yang TERKINI.. he he

7 comments:

Suki Cida said...

best! tukar tempat dengan aku... aku benci kehidupan kerja...kalau aku tak kerja aku mati bil semua tak leh nak bayar... :(

fun jadi suriumahkan... main dengan anak2... hantar anak gi sekolah... eh anak ko ke adik ko? ni nak geram ni... mak maintainnnnn..... cis! nanti kasi petua eh zue... muahahah

Suraya said...

wahahahaa... seriously eda.. wajah kau memang takde beza langsung! serious. betul kata cida, nampak mcm dgn adik2 bukan anak2.

p/s:aku email kau pagi tadi tapi ko tak jawab pun...

ieda said...

oo..terawang-awangan aku seketika.. . ntahlah memg best kalu jadi housewife ni.. tp bila nampak member2 especially mcm u all yg ada karier jeles jugak

tp bila pikir balik life is short kan so aku rasa baik aku habiskan masa ngan anak2 drpd kejar dunia sebab tu aku ni hidup sederhana n hutang pun sederhana jugakla kan?

hm sukicida ko dh kawin lum eek?

Sue nnt aku check my email k..sori aku tertidur..buyskyi

Suki Cida said...

ko tak yah jelessss.... sbb kalau ko kat tempat aku ko mesti pengsan...kerja macam nak gila, dapat gai 10 minit habis bayar itu ini...sedih aku.

heheh aku belum kawin... tapi insya Allah 1 Aug... ko mesti datangggg.... aku rindu ko ;)

Bawak anak2 ko sekali ok!

Suraya said...

tak payah lah jeles ieda.. aku ni kalau jutawan, nak je aku duduk rumah buat anak kan. tapi tu la. living in KL high demand la..

Aku lagi suka kalau ada anak nanti, nak besarkan sendiri. sbb aku taktau la apa perasaan aku kalau anak aku lebih manja dgn org gaji ke.. org lain ke.. kalau boleh, anak aku, biarlah dgn aku gitu.. tapi memandangkan aku kena bekerja utk menyara kehidupan ni.. terpaksalah diriku bekerja..

aku pun hidup bersederhana jer ieda.. takde la mewah ke apa ke.. aku masih seperti yg ko kenal.. low profile. hehehe..

ieda said...

wei..boringnyer..hari nie network kat tempat aku ada problem.. nie tengah lepak kat jusco bukit tinggi..

sue aku tak dapat bukak yahoo.. low coverage la..

sukicida harap2 ko dpt membina mahligai bahagia bersama zamani..

Sue ko tengok aku mmgla bahagia tapi kalu anak dah berderet tu yang badan tak leh naik..sibuk ngan anak jer..

Suraya said...

tu yg aku jeles tu. badan tak leh naik! hahaha aku ni sejak kawin, cepat gila naik badan! tension betul. kalau ada anak, boleh la lari2 n busy dgn anak. ini ada laki, takkan nak main kejar2 dgn dia kot.. ehhehehe