Sekadar bercerita

Tuesday, March 17, 2009 Edit This 0 Comments »
Assalammualaikum...

Sudah hampir 5 hari tidak ada new post untuk blog kerana kesibukan selepas pulang dari kampung pada hari Ahad lalu keesokannya pula hantar Ammar ke hospital untuk pemeriksaan dan baru pagi ini ke klinik Ibu dan Anak untuk pemeriksaan kandungan pula.

Sepanjang minggu lepas banyak sungguh perkara yang berlaku. Di kampung berbeza cerita sekembali kami ke Klang pun ada cerita sendiri.

Di kampung cerita tentang kewujudan blog di kalangan ahli keluarga menjadi tajuk utama. Ada yang seronok bercerita tentang cerita yang telah dipaparkan di blog masing2, ada pula yang baru ingin memulakan blog (amat di galakkan), dan ada pula yang mengkritik blog orang lain hingga hampir mewujudkan perbalahan tetapi akhirnya keadaan dapat di kendurkan apabila masing2 mula melarikan diri dari membicarakan topic tersebut.

Kelakar pun ada apabila orang yang cuba di kenakan berubah muka dan tukang usik pula sibuk gelakkan orang yang nak dikenakan. Menurut suamiku perkara itu adalah perkara biasa apabila berkumpul yang penting mereka tidak simpankanya di dalam hati.

Tetapi bagi saya kejadian seumpama itu agak janggal kerana ianya boleh mengecilkan hati orang lain kan tak berapa elok keadaan itu. TAPI yang tak tahannya saya pun turut terjebak apabila cuba komplot dengan orang lain untuk sengaja cari pasal. HE He He tah pape ntah. Maaf yek ianya di luar kawalan.




Bersama keluarga angkat di kampung ( Sebelah kira saya Norfaizura dan ibunya. Manakala Kak Balqis di kanan sekali).


Yang seronoknya kami dapat berjumpa dengan keluarga angkat di kampung, beramah mesra dengan orang2 yang membantu didalam majlis perkahwinan (rewang). Dan beberapa org jiran sekampung yang begitu ramah dan mesra.

Tetapi saya tak turut serta dalam membantu tang memasak sebaliknya menyibukkan diri memasukkan gula2 kedalam bekas telur. Dan buat kerja yang mudah2 je.Itu adalah kelemahan saya kerana kekok untuk buat perkara yang sama seperti orang di kampung. Tetapi sebolehnya di kawasan Tmn Medan saya sebolehnya cuba turut serta untuk membantu dengan meminta tunjuk ajar jiran sekeliling.



Kak Nab (kiri) dan Kak Balqis ( kanan) yang menjadi penyambut tetamu pada hari itu. Entah apa yang di tengoknya. Mungkin gambar di bawah ni kot. Hik Hik


Jangan terkejut. Majlis ni bukan majlis black metal tau dan ianya bukan kepala kambing tetapi kepala kerbau yang di korbankan untuk kenduri hari itu. Bapak qiqahkan anak2 kami dan anak Mat.

Pendek kata kejadian yang tak berapa seronok yang terjadi dapat di tenggelamkan apabila berjumpa dengan kakak2 ipar yang baik2 semuanya terutama Kak Balqis, Kak Nab, Kak Yam yang saya selesa untuk berbual bergurau senda begitu juga dengan Kak Jah yang sibuk uruskan anaknya yang comel dan keletah (Iman).

Begitu juga dengan isteri Abg Mat Sanusi yang mempunyai nama yang sama dengan saya tetapi jauh berbeza dari segi kelakuan kerana bagi saya Kak Ida seorang wanita yang lemah lembut, sopan santun dan banyak sifat baik di dalam dirinya sedangkan saya sangat banyak kekurangan diri.



Bertudung pink itulak Kak Ida isteri Abag Mat Sanusi seorang yang cantik dan mempunyai sifat2 wanita yang kaya dengan ciri2 wanita sebenar.

Kak Balqis dia umpama seorang ibu kepada saya kerana usianya yang sama dengan Mak. Dia sentiasa tersenyum dan menurut suamiku watak Kak Balqis seperti arwah ibunya.

Kak Nab pula saya rasa antara banyak2 kakak dialah yang paling rapat dengan kami kerana dia adalah orang pertama yang saya kenali di kalangan ahli keluarga suami dan juga anak2 Kak Nab (Hakim dan Naim) juga pernah duduk seketika bersama kami untuk praktikal di tempat kerja pak ciknya.


Saya bersama adik ipar Rohani ( sempat bertukar baju dengan saya kerana baju yang saya baru tempah tak muat di pakai, tima kasih ) yang baru sampai dari Rompin dan bertudung purple itulah Kak Yam.

Saya sangat beruntung kerana dapat mengenali mereka semua kerana dengan mengenali mereka saya dapat menilai diri sendiri yang banyak keburukannya dan saya perlu banyak berubah. Mungkin sekiranya saya tak mengenali kebanyakan mereka di kampung saya selesa dengan gaya hidup yang saya lalui sebelum ini. Sedangkan tiada ketenangan di dalam hidup walaupun orang melihat kita sentiasa gembira kerana saya tahu itu semua hanya pura2.

0 comments: