Wednesday, January 18, 2012 Edit This 0 Comments »
Ammar bercerita lagi tentang kisahnya di sekolah.. kali ni dia cerita tentang gelaran ustaz yang diberikan oleh gurunya.. lawak bila dengar cerita dia.. tak cukup dengan tu abang2 dia cerita pula tentang keakraban Ammar dengan abang kantin.. yang selalu je berborak dengan Ammar dan mengusik Ammar tiap2 hari.."Pelikla mama kenapa entah abang kantin tu suka berborak ngan Ammar.. kalau Ammar duduk sorang2 diorang datang berborak dengan Ammar.. main2 la..".."Ammar ni kan suka bersembang memangla orang suka.. dengan orang lain camtu jugak ke..?"..Iffa mencelah.."Dengan orang lain tak pun dengan Ammar je..".. "Ada la yang istimewa Ammar tu sebab tu diorang suka.."...Iffa.."Ammar kan nakal.. semalam abah bagi duit sepuluh ringgit suruh share pastu Ammar taknak dia nangis minta duit lain.. Abah bagi sepuluh ringgit sorang.. pastu dia habiskan rm4 .."

Mengadu Iffa lagi.."Kakak habiskan berapa?"..."Kakak makan seringgit je.. yang lain akak bagi Abang simpankan takut hilang..".. Hmm anak2 camtu la ragam dia setakat ni Arri dari kecik tak suka membazir duit.. Iffa masa mula2 sekolah dulu lebih kurang Ammar jugak bagi seringgit habis bagi dua ringgit pun habis sekarang ni dia dah boleh mendengar nasihat dah mula pandai nak menyimpan sikit.. Amamr pelan2 kita nasihat Insya Allah berubah suatu hari nanti...

0 comments: