Friday, January 27, 2012 Edit This 0 Comments »
Hari ni hai jumaat.. ada kenduri kat rumah pak ngah teh petang ni.. tak payah nak masak tengahari .. lepas sembahyang abah dan anak2 merancang untuk terus ke rumah kenduri..

Hari ni aku .. aku sedikit sedih.. bilamana melihat suamiku naik basikal untuk ke kebun.. kesian pulak rasanya.. melihat dia melalui liku2 kehidupannya.. kisah masa silamnya yang penuh dugaan.. dan kini terpaksa melalui sedikit kesusahan hidup untuk meneuskan kehidupan yang masih lagi bersisa.. motor rosak.. jadi terpaksa naik basikal ke kebun.. semoga suamiku sentiasa tabah.. Pagi tadi aku tersedar kira2 pukul 4 pagi.. dalam kesamaran tu aku melihat suamiku sedang sujud besembahyang tahajud.. lama dia sujud di tikar sembahyang mungkin untuk meminta keredhaan Allah serta bantuan dariNya.. itu andaian aku...

Habis sembahyang begerak pula ke pasar setiap hari seawal 4 pagi itulah rutinnya kini.. Suamiku seorang yang baik aku kira aku sungguh bertuah menjadi isterinya.. meskipun aku bukan lah istei yang baik..( bila aku cakap begini suamiku pasti menegur kata2ku. Bukan semua orang sempurna..kurang yang itu lebih yang ini).. entahlah tapi yang pasti aku selalu rasa orang lain lebih baik dariku..

Aku doakan semoga suamiku tabah dalam apa jua rintangan yang bakal di hadapi.. "Kalau kita sering di uji itu semua adalah untuk menguji sejauh mana keimanan kita.. sepatutnya kita bersyukur kerana masih sering diuji dengan pelbagai masalah sebab Allah sentiasa ingin menyedarkan kita supaya sentiasa ingat kepadaNya..." .. kata2 hikmah dari suamiku bila aku sering bertanya kenapa kita selalu diuji dengan pelbagai masalah.. Nasihat suamiku jua "Dalam perniagaan jangan sesekali kita mengurangkan timbangan seta menaikkan harga tanpa memberitahu pelanggan.. kalau kita taknak makan duit haram yang tiada berkat dari Allah tak guna kita beniaga.. Berniagalah seperti Rasullullah yang sentiasa bersedekah mesti berkat perniagaan nanti InsyaAllah.. Niat kena betul bukan untuk mencari keuntungan semata2 tetapi kita lakukan semua ini untuk mencai pahala serta keberkatan dariNya.. di samping dapat bersama anak2 kita dapat juga mencari sedikit duit untuk kita habiskan sisa2 hidup kita...'

0 comments: