Friday, January 13, 2012 Edit This 0 Comments »
Hari ni hari jumaat.. minggu ni cuti 3 hari.. kami tak pergi mana2 untuk bawak anak jalan2.. maklumlah orang berniaga sayang nak cuti walaupun sehari .. duit tak masuk la kalau kami ambil cuti.. berniaga ni kira sevis untuk orang kalau kami cuti susahlah orang kampung nak membeli barangan untuk keperluan terpaksa pula ke pekan..

Memandangkan semalam seharian hujan maka orang kampung tak pergi motong disebabkan pokok basah.. abah sebaik mengemaskan ayam, ikan dan sayur di atas meja bergegas pula ke kebun bawak Arrie, Iffa dan Ammar untuk menolong kutip skrap.. cepat sikit nak kutip kalau ramai..

Aku pula seperti biasa kena jaga kedai.. pagi2 orang kurang sikit biasanya di waktu pagi orang hanya beli rokok dan minyak motor sahaja.. jadi tak la berapa nak sibuk..

Semoga rezeki kami dimurahkan pada hari ini dan juga hari2 seterusnya...

0 comments: