Saturday, January 14, 2012 Edit This 0 Comments »
Wah Hari ni mood aku kurang baik macam2 yang aku fikir.. masih rasa kurang selesa lagi berada di kampung.. tak tahu la kenapa boleh aku ada di sini.. fikiran tu datang kerana kurang tidur kot.. mlam tadi tidur lambat baca buku yang aku pinjam dari library.. dok kat sini kerap jugak aku baca novel2.. kalau lah time study dulu aku pulun baca buku konpem skrang ni aku dah pun jadi seorang korporat.. chewah verangan...

Lepas melepaskan hot mehot.. aku tertido bangun sampai tengahari.. abah bagi peluang aku tidor kesian kot.. tapi kejap2 kejut aku ajak aku sembang.. "Jomla mama kita duduk depan.. abah boring..".."Jomla mama kita sembang2 abah rindu..".. tu la dia kalau aku membebel kang hangin kalau tak membebel tau pulak nak rindu.. hehehe.. aku bo layan sambung tido lagi..

Bangun tido aku kemas sapu2 kedai datang pulak Nabila first customer aku masa mula2 aku bukak.. dah lama dia tak jengah kedai ni sebab masuk asrama.. aku rajin sembang ngan dia.. dia cantik dan bijak jugak.."Lama dah tak mai kedai akak.. akak dengar nabila dok asrama sekarang?"..Nabila:"A'ah.. balik petang kelmarin.. nak sembang2 ngan akak kejap kerusi ni untuk bagi orang dudukkan?".. kata nabila yang ada dua lesung pipit di pipi.. Lepas sembang2 citer pasal macam2 entah macamana terkeluar pasal fesbuk.. sempat lagi add dia jadi kawan..

Tak lama tu telefon dia bedering.. pastu dia sibuk pulak bersms.. gadis cantik macam dia mestila ramai peminat.. aku ni mudah suka dan sayang kat orang.. Nabila ni tak tahu macamana dia jadi rapat ngan aku.. walaupun dia hanya datang kekedai untuk membeli barang tapi dia rajin datang kesini.. berbual2.. baik sungguh budak ni aku harap semoga dia dapat menjadi seorang yang berjaya dalam pendidikan dia nanti..

Sempat sembang tentang sekolah matalamat dia di masa akan datang.. dia minat bidang sains.. tak suka sangat menonjol di sekolah.. tapi selalu minta bimbingan cikgu.. dia lebih suka bertanya cikgu secara personally daripada bertanya di kelas.. Ah budak ni mula meluahkan apa yang terbuku di fikirannya.. Aku mula bersa senang dengan dia.. "Kemarin datang kedai.. akak takdak tu yang nabila mai sini hari ni nak jumpa akak..".. terharu pulak aku dengar kata2nya.. mudah sungguh dia berasa senang dengan aku.. selepas berbual2 aku bagi pinjam broadband untuk dia guna.. lepas sejam dia offline lalu ucapkan terima kasih dan berlalu pulang..

Aku duduk memerhatikan nya berlalu pergi.. Remaja sedang naik semoga dia dapat menjalani alam remaja dengan rasa gembira dan tak mensia2kan peluang untuk belajar demi masa depannya.. Nabila nama yang secantik wajahnya..

0 comments: