Monday, January 16, 2012 Edit This 0 Comments »
Balik dari sekolah Ammar bercerita tentang kisahnya di sekolah .."Mama hari ni Ammar tukar kelass..".."Ammar masuk kelas apa kenapa tukar kelas.. Ammar nakal ke kat sekolah..?".."Taklah Ammai tukar kelas sebab cikgu suruh tukar..".."Kenapa?".."Entahla.. budak lelaki ada 6 oyang je.. kawan Ammai yang tak pandai baca masuk kelas K..".. "Ammar masuk kelas apa?".."Ammai masuk kelas F..".."Wah kelas F macam kelas abangkan.. kelas pertama?"... "A'ah..".."Pandainya Ammar.. belajar elok2 tau.."

Ammar.. walaupun kefasihannya kurang tapi kecekapannya membaca..memahami dan mengira amat baik.. Dia agak lincah tetapi setakat ni potensinya di sekolah mengagumkan.. periksa akhir tahun di sekolah pasti dia mendapat tempat pertama dengan peratus sebanyak 99%..

Semoga dia dan anak2ku yang lain berjaya di masa hadapan..Amin

0 comments: