perempuan...perempuan..

Friday, February 20, 2009 Edit This 0 Comments »
Saja nak share apa yang berlaku hari ini. Pagi ini saya ditegur oleh seorang wanita yang saya kurang suka attitudenya. Walaupun belum pernah berbual dengan wanita itu, saya pernah terdengar perbualannya bersama rakan saya yang anaknya satu kelas dengan Iffa.

Jangan salah faham saya terus menilai sebelum beramah mesra. Macam mana saya nak berbual dengannya yang hanya suka berbual tentang kereta, handycam, selalu shopping, sofa yang beribu..dan hal2 yang bersangkut paut dengan harta dunia. Cerita pulak dengan rakan saya yang saya tahu bagaimana ekonomi keluarga yang suaminya berpenat lelah selain dari kerja kilang, ambil upah bukak khemah dan kutip kelapa sawit di kampung. Kesian kawan tu. Mesti berasa rendah diri. Saya hanya pasang telinga apabila mereka berbual kerana tak sesuai langsung rasanya..

Dalam mencari kawan biasanya saya menilai seseorang itu dari segi pakaian, penggunaan bahasa dalam berbicara, pengetahuan dalam hal2 yang berteraskan islam dalam rumahtangga, cara mendidik anak, resepi masakan dan lagi best kalau yang berpengetahuan dalam isu semasa terutama politik. Dulu saya masyuk dengan semua orang tetapi sekarang suami saya control pergaulan supaya saya tak jadi merapu. Dia la yang bagi guideline dalam memilih kawan.

Tetapi jarangla orang perempuan especially surirumah nak ambil tahu bab semasa nie. Yang ramai tahu bab gosip tentang fasha sandha, norman and memey, dan Datuk K. Selalunya kalau nak borak bab politik hanya kami suami isteri jela..sesekali tu bila jumpa abang Aidil baru jadi panas cerita pasal politik ni....

Sambung balik cerita wanita tadi akhirnya saya juga termasuk perangkap dia dalam penyebaran tentang kekayaan yang dimilikinya.. Aduh... saya sempat jugak melayan ketaksuban dia bercerita tentang perkara yang tak bermutu akhirnya tiba2..
'anggun menyuluh seluruh alam semesta, terang yang amat menyilaukan pancaindera..hanya ibunda yang sentiasa memuja ikhlas dari lubuk hatimu puspawarna..."
nyanyian dari Adi putra. Mak telepon.. selamat, terus minta diri dari wanita tu dan dengan harapan yang menggunung lepas nie taknak turun keta dari mengelakkan bertemu dia lagi...


Di corong telefon suara mak kedengaran.." Ieda, kalau nak buat roti pizza tak pakai mauripan boleh ke?"... Hah ni baru topic yang saya gemari bab masak memasak..nasib baik jugak mak sekepala..kawan dengan mak ajela..

0 comments: