Cerita sikit....

Friday, October 15, 2010 Edit This 0 Comments »

Hari selasa baru ni rumah kami dikunjungi oleh sedara dari Ipoh..kira first time jumpa diorg ni.. tapi bebaik semuanya ramah tamah la kira..lebih kurang aku gak..cuma mulut aku ni terlebih express berbanding ngan diorg.. Makcik Tha ni kebetulan datang ke Jhr utk tgk anak dia konvo kat UTHM.. kebetulan lagi dekat ngan umah aku duk sekarang ni..

Nak jadi cerita dia contact atuk aku yang duk kat Labis nun dia ingat dekat le kot kan.. mana nak tau dah tak pernah datang sini pun..so atuk aku terusla bagitau yang cucu dia ni dok dekat sini.. terus dapat idea nak tido umah aku..Alhamdulillah seronok sangat la aku kan bila dapat tau atuk ngan nenek nak datang sini lagi seronok bila dpt tau lagi diorang dah plan nak tido lagi.. Indahnya dunia aku rasa..hehehe

So dan dan tu gak atuk bagi no tepon cik Tha ni.. apalagi nak ditunggu terus aku col dia..tanya tggl hotel mana semua kan.. bila dah bersembang tu cik Tha terus nak jumpa aku nak kenal2...
dlm kul 4 aku gi homestay yg dia sewa..belakang umah aku je..

Punyalah bersembang macam dah lama kenal.. dapat gak bermesra dan cuba sebaik baiknya budi bahasa.. maklumlah first impression mesti la nak bagi yang terbaek..tak mo la dia ingat yang buruk ttg aku.. Alhamdulillah aku dpat kawal bahasa yang digunakan.. nak gak tiru orang2 baik yang aku kenal macam kak Zuraida isteri abang Mat Sanusi di Kedah.. kira dia ni macam mentor aku la..aku suka dengan cara dia layan aku..baik sungguh.. sopan.. lemah lembut..akhlak nya pun dijaga baik.. syukur aku dpt berkenalan ngan org camni.. di kg nun ramai gak org yang baik2.. nak senaraikan terlalu banyak.. jadi bila aku bandingkan ngan diri yang buruk dari segi akhlak dan lain2 ni.. hina rasanya diri sebagai hamba Allah.. aku selalu berharap supaya org2 yang pernah aku dampingi rasa selesa dan gembira seprtimana aku telah dilayan oleh golongan2 yang baik yang pernah aku kenali...


Makcik Tha sedang berbual ngan atukku.. makcik Tha ni kira anak sedara atukla.. atuk tak berapa nak kenal sangat sebab ibu kepada makcik Tha ni adalah kakak kepada atuk yang berlainan ibu tapi satu bapak..kakak atau adik aku tak pasti tapi kira camtula... nanti bila2 aku korek citer dari atuk ek..korg layan je la...



Haa..yang ni anak2 makcik Tha.. lebih kurang umoq aku gakla...

Semoga hubungan persaudaraan yang telah terjalin dapat berkekalan sehingga ke generasi2 seterusnya...

0 comments: