Raya..raya...

Tuesday, October 05, 2010 Edit This 0 Comments »
Raya dah nak habis tapi open house tiap2 minggu pun ada... Seronok buat open house ni memanglah memenatkan tetapi bila kita dapat meraikan tetamu yang merupakan kawan dan juga jiran2 kepuasan tetap terasa.

Sebagai tuan rumah kita berharap agar orang yang dijemput tu dapat hadir.. dan sebagai tetamu pulak kita seboleh2nya cari masa untuk hadiri majlis yang dianjurkan tu.. kalau tak dapat datang ringan2 kan la jari jemari ber'sms' kepada rakan kita bagitau tak dapat datang, sekurang2nya takle terkecik hati kawan tu..

Sebagai tetamu kita pun perlu jugak jaga adab dan cara kita bercakap. Jangan kondem sesedap mulut langsung tak fikir perasaan tuan rumah. Jamah je makanan yang disediakan tuan rumah sedap tambah tak sedap diam je. Bukan susah nak jaga adab, dari kecik kita diasuh oleh ibubapa even kat sekolah pun kita diajar cara menghormati orang. Jangan disebabkan kesenangan yang Allah beri kita lupa kita ni jugak insan biasa yang akan diazab oleh Allah SWT suatu hari nanti.

Perendahkan sikit diri tu...Ok.. Raya tahun ni kami berkesempatan jumpa kawan yang terlalu lama terpisah..sejak dari berumur 12 tahun lagi..baru kini bersua muka..

Kami sempat berkunjung ke rumahnya di Tanjong Permaisuri Golf Resort, Pasir Gudang, Johor.

Berikut ada sedikit gambar2 yang kami dapat rakamkan...


Gambar ni diambil di hadapan Street Mall, Danga Bay.

My picture harus ada...hehehe


My beloved husband with his own style..ngeh ngeh ngeh..

Ni gambar anak2ku dengan anak2 rakanku, Saadiah Kamarudin.

Align Left
Nilah kawanku, Saadiah. Kami pernah bersekolah bersama di SK Chempelak, Labis Johor. Tapi saya hanya belajar disana selama setahun je selepas tu pindah balik ke SRK Convent, Klang.

Itu sahaja buat masa ni..Insyirah pun dah merengek2 minta susu...

0 comments: