Hoyaaa...Iffa dapat hadiah...

Thursday, October 07, 2010 Edit This 0 Comments »
Nak war2kan la disini anak perempuanku tak disangka2 dapat memenangi piala hadiah tempat ke3 dalam Pertandingan Mewarna Merdeka tahap 1 ....Tahniah2..

Semasa hari penyampain hadiah diadakan hari jumaat yang lalu dia tak hadir ke sekolah..jadi petang tu anak jiran kami yang kebetulan satu kelas dengannya sibuk memberitahu.."Tadi cikgu panggil nama Iffa ambik hadiah...rugi Iffa tak pergi.."Dalam fikiranku tak mungkin Iffa dapat hadiah.. tak masuk pertandingan apa2pun..Takpela budak2 toksah dilayan..

Dan semalam sewaktu mengambil anak2 pulang dari sekolah aku melihat Iffa tersenyum simpul sambil dikerumuni beberapa orang budak2 sekolah yang sedang asyik membedek2 piala Iffa.."Haish..piala apa pulak tu.."..getus hatiku..

"Mama, kakak menang pertandingan mewarna...", jerita Iffa keriangan..

"Alhamdulillah..tahniah.."Ucapku.. Dan Arrie yang seakan2 cemburu dengan kejayaan adiknya lalu berkata.. "Takpe abang pun nak dapat hadiah gak peksa nanti..".. Insya-Allah anak2ku bila ada usaha kita boleh berjaya..

Dalam pada itu aku sempat juga berbual dengan anak2 tentang kelebihan masing.."Kakak pandai kaler ngan melukiskan, abang..? Abang pulak pandai belajar mathematik, sains, BI ngan agama kan.."Mereka mengangguk2.."Masing2 ada kelebihan masing2.. hari ni akak berjaya kita berkongsi rasa gembira..bila abang dapat hadiah, kakak pun mesti sama2 rasa gembira..abang ngan kakak kan adik beradik..mesti selalu tolong2 ajar bagi sama2 pandai..kan..bila semua anak2 mama pandai kan bagus..nak bagi mama ngan abah gembira..belajar je betul2 tau..".Pesanku..

Melihat anak2 berjaya walaupun bagi sesetengah orang tak seberapa tapi bagiku ini semua adalah permulaan bagi mereka untuk mengecapi kejayaan yang lebih besar lagi di masa hadapan..Insya-Allah..


"Ya Allah permudahkan urusan anak2ku didunia dan juga akhirat..berikanlah kejayan kepada mereka..Amin."

0 comments: