Rezeki yang tak disangka...

Thursday, October 14, 2010 Edit This 0 Comments »
Alhamdulillah...

Rezeki yang tak disangka datang sampai ke muka pintu...tengah dok lapo2 tetiba terdengar bunyi ketukan dimuka pintu sliding door seolah2 org datang minta hutang..terkujat dan terpinga2 aku...terjenguk2 disebalik tirai menjengah kemuka pintu siapa pulak yang mengamuk ni...

"Owh Ila datang bersama escortnya..Chopia.".(Sofia, yang aku gelar Chopia..nama manja yg aku bagi sendri tanpa persetujuan mak ayahnya..) datang ngan pinggan berisi wah!! nasi beriani...

Aku dengan bersuara lantangnya bertanya.."La..apasal tak bagi salam main ketuk2 plak.." Tetiba Ila menjawab.."Shhh..."..aku bertanya sambil berbisik gak.."Apasal...?"

"Shhh.."..owh rupa2nya dia nak elak dari jiran sebelah dengar..ni kira adab la nak jaga hati jiran..karang kalau jiran tu tau kita je yang dapat kecik hati pulak kan..kadangkala org tak perasan benda camni..tapi baguslah kalau ada jiran yang sensitif seperti Ila tadi, nak menjaga hati perasaan jiran lain maka nak berbagi makanan yang sedikit terpaksa disorok2.. kita semua pun patut praktik buat macam tu jugak.. baru terjaga keharmonian dan ukhwah sesama jiran tetangga..

Dan disini aku nak ambik kesempatan la alang2 dah cerita ttg nasi tadi..nak jugak mengucapkan tahniah diatas kenaikan pangkat suami kepada rakanku tadi, iaitu Mokhtar Hamid..yang bekerja di UTHM..Tahniah dari kami sekeluarga...

0 comments: